Saturday 28 January 2012

BIOGRAFI SEORANG PENGEMIS

Mudah benar melemparkan pandangan sinis kepada seorang pengemis... Apa pernahkah anda berfikir sejenak apa perasaan mereka? Mereka bukan dari golongan orang yang hilang akal dan tidak tahu lagi membezakan perasaan sedih dan gembira.. Cuba kita merenung sejenak dalam sangkar kehidupan mereka yg penuh dengan hinaan dan cacian manusia yg tidak berperasaan. Kita dikurniakan akal dari Allah S.W.T dan menggunakannya untuk menjadikan kihidupan kita sempurna.. Nah,kalau begitu manusia mana yg tidak mahu hidup sempurna? Termasuklah para pengemis ini.... Mereka bukan berputus asa dengan kehidupan mereka. Jikalau berputus-asa, mereka tidak akan mengemis. Mereka akan pasrah dengan hidup mereka dan hanya menjenguk rezeki mereka di dalam tong sampah mahupun bekas makanan di tepi jalan yg dibuang oleh manusia yg tidak bersyukur. Sekurang-kurangnya mereka masih mengambil inisiatif meminta bantuan kita yg mampu ini untuk menolong mereka.. Jangan terlalu mudah berkata
=

" alah..pengemis tu semua MALAS nak usaha cari duit."
 " Ish,tepilah..aku tak ada duit! asyik megemis je "
"kau ni tak ada inisiatif lansung nak teruskan hidup "


Amboi... lancang sungguh kita menggunakan nikmat Allah dengan memaki hamun orang yg kurang berkemampuan seperti itu. Cuba kita fikirkan,sedangkan graduan masih menganggur,inikan pula orang seperti mereka. Dunia sekarang memang lali dengan cara hidup pilih kasih. Sebagai contoh,sewaktu di rumah, masih ada ibu bapa atau ahli keluarga yg mengamalkan sikap pilih kasih. Anak yg bijak lebih diberi perhatian berbanding anak yg kurang beruntung. Di sekolah berlaku hal yg sama juga. Guru-guru melebihkan tumpuan pada pelajar pintar. Disediakan kelas yang sangat istimewa kepada pelajar pintar dan pelajar yg kurang pula sekadar ala-ala sahaja. Itu yg berlaku pada dunia sekarang. Para cendekiawan hanya bergaul dengan golongan seperti mereka manakala pengemis dibiarkan sahaja. Cuba bayangkan... apa perasaan para pengemis di sekeliling kita... Mereka bukan sahaja mengemis SEDIKIT dari pendapatan kita tapi mereka juga mengemis PERHATIAN dan KASIH SAYANG kita... Apalah salahnya jika harta yg dipinjamkan kepada kita itu dikongsi bersama.. bukankah itu aset di hari kelak? Bayangkan kita sendiri menjadi mereka. Tatkala duduk di kaki jalan dengan memakai baju compang-camping dan lusuh,tiada seorang pun yg mahu mendekati kita. Bahkan memandang pun terasa jijik seolah-olah kita hanya sampah jalanan. Apa perasaan kita? Dapatkah kita membayangkan kepiluan itu? Dipandang seperti anjing kurap meminta sedekah.



Aku juga pernah mengemis. Mengemis kasih dari orang. Sedih kerana aku terasa sangat asing di situ. Itu mengemis kasih orang,sudah mengalir air mata. Belum lagi merasa mengemis di jalanan. Disamping manusia berhidung tinggi membawa segunung harta ke hulu ke hilir.. Rasulullah S.A.W juga sangat suka membantu pengemis walaupun pengemis itu kafir. Bagaimana dengan kita? pengemis yang kita jumpa yg sebangsa dan seagama dengan kita pun tidak lansung di pandang. Ego sungguh kita...








* ikhlas dari hati


No comments:

Post a Comment

Total Pageviews