Wednesday 14 May 2014

Semua salah

Assalamualaikum...
Hye.. From now and on i just wanna make this blog to be more personal... It is becoz i'd like to share almost about my day, but some people in my facebook doesn't like it. And I also feel like everytime they watched me and talking bad bout me so i'd make a decision to write anthing I want to share here.... So guys... Here we're... Let's begin.. Bismillah...

Saturday 23 November 2013

Nothing

Assalamualaikum...ya Allah...lamanya tak bukak blog..hihi nak dekat dua tahun..apa2 pun nanti akan diperbaharui ya...hihi..

Monday 9 April 2012

Siapa cakap tak boleh buat maksiat?

Tp dengan syarat.....


Dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi, diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat, iaitu Ibrahim Adham.

Beliau bertanya, apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat.
...
Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham: “Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:

1. Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah.

2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya.

3. Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak Nampak akan kamu.

4. Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu, maka katakana kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat. Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut, maka persilakan untuk melakukan maksiat.

5. Sekiranya malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka, maka katakana kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutnya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.”


Setelah mendengar kata-kata tersebut, lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepada-Nya.

Akhirnya, lelaki itu menemui jalan hidayah. Dia bertaubat kepada Allah s.w.t. dengan bersungguh-sungguh. Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba Allah yang soleh..

Sunday 12 February 2012

‎9 Mimpi Nabi Muhammad SAW



Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat
WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat
ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi
SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala
PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah
MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala
HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah  
SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala
SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Friday 10 February 2012

ALLAH SEBAIK-BAIK PENGHIBUR

Assalamualaikum...
Hari ini saya nak ajak kita semua termenung.. Ha,bukan termenung tiada faedah tetapi merenung seketika hidup kita selama ini. Kadangkala kita akan mendapat sesuatu yang diluar jangkaan kita. kadangkala pula apa yg kita harapkan berlaku,tidak pula terjadi. Sebenarnya itulah buktinya Allah sentiasa berkomunikasi dgn kita.

Firman Allah SWT  " Kami tidak akn mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka berusaha mengubahnya sendiri"



Nah,dari situ kita sudah mengetahui bahawa setiap perubahan yg kita inginkan dalam hidup ini,kita perlu berusaha. Usaha pula perlulah setimpal dgn yg kita inginkan. Saya pasrah jika diizinkan Allah, keputusan SPM yg akan saya ambil bulan 3 ini tidak memenuhi hasrat hati saya. Ini kerana saya sendiri merasa tidak cukup usaha yg dikerahkan utk memperoleh keputusan cemerlang.Namun,jauh dari sudut hati saya,saya sgt mengharapkan kecemerlangan agar cita-cita menjadi seorang guru tercapai jua akhirnya.

Jadi,janganlah kita selalu menyalahkan takdir mahupun berasa tidak puas hati dengan ketentuan Allah kpd kita. Fikirlah,masih ramai lagi manusia diluar sana yg tidak bernasib baik seperti kita. jika tiada kegagalan dalam hidup,manakah rasa manisnya pengalaman hidup kita? Jika hidup kita selalu sempurna,maka dimanakah rasa syukur itu? Sebagai contoh,mari kita singkap kehidupan mewah seseorang. Biarpun bergelar jutawan,namun dia akan sentiasa merasa tidak cukup wang yang diperolehnya. Maka bermulalah persaingan saham,perniagaan dan sebagainya. Jika menoleh pula kepada kehidupan seorang nelayan. Memperoleh sekeping not RM100 merupakan anugerah terindah bagi mereka. Jika wang itu diberikan kepada jutawan tadi,rasa-rasanya apa pandangan dia kepada wang sejumlah itu? saya yakin anda tahu jawapannya.




Jadi,jika kita mendapat apa jua masalah, mengadulah padaNya. Dia adalah sebaik-baik peneman dan penghibur.Selagi rasa syukur ada dalam diri kita,maka kita masih lagi terselamat dari istidraj.. Sabarlah menempuhi sebarang dugaan kerana mungkin Allah menghadirkan dugaan itu untuk menghapuskan dosa-dosa kita.

Ingatlah bahawa Allah SWT tidak akan menimpakan ujian kpd seseorang hamba kecuali Dia mengetahui kemampuan hambaNya itu untuk menghadapinya. Dongaklah ke langit dan ukirkanlah senyuman yang manis dengan rasa syukur kerana masih berpeluang melakukan sebegitu. Moga Allah merahmati kita semua. Amin....





KENAPA TERLALU MEMILIH?

Pada suatu petang,ada dua orang sahabat  berbincang tetang calon isteri pilihan.

Amar - " Akmal,kalau kau nak cari isteri,apa kriteria yg kena ada pada calon kau tu?

Akmal - "mestilah aku nak yg cantik,putih,tinggi macam model,kalau boleh nak yg solehah"

Amar - "kau ni,mal..solehah tu mesti yg pertama. kau nak ke isteri kau cantik tapi seksi dan orang
             lain dah lama rasmi tengok isteri kau. kau nak ke macam tu?"

Akmal - "taknak2..okey2.. yg solehah,cantik,putih.."

Amar - " kenapa kau nak yang putih-putih je? apa salah ke yg hitam?"

Akmal - "alah kau ni..macam tak tahu pulak. tengok lah kulit aku ni..kan gelap."

Amar - "dah tu? apa masalahnya?"

Akmal -" aku nak lah keturunan aku nanti cantik-cantik macam mak dia. sbb tu aku nak yg putih. Barulah
               boleh memperbaiki keturunan aku nanti"

Amar - "banyak cantik muka kau..
             kau yelah nak baiki keturunan tapi kau jugak nak merosakkan keturunan
             orang lain tu..tak ke gitu?"

Akmal -" ...........erm..em.."

Amar -" kalau kau cintakan seorang wanita kerana kecantikkannya,nescaya akan pudar jua akhirnya. Jika
             kau cintakan dia kerana hartanya,nescaya akan habis jua hartanya, dan jikalau kau cintakannya
             kerana budi pekertinya, nescaya tidak akan kekal lama kerana mansia umpama sungai yang sentiasa
             berubah arusnya. Cintailah seseorang kerana Allah. Nescaya akan kekal sampai bila-bila
             kerana apa jua yg berkaitan dgn Allah,pasti kekal selamanya."

Akmal-"baiklah..aku faham sekarang

.

Thursday 9 February 2012

KHUTBAH KHATIMAH DARI RASULULLAH SAW

Tiba-tiba teringat pula pesanan Rasulullah SAW kp kita semua agr menyebarkan khutbahnya yg terakhir ini.. semoga usaha kecil ini diredhai Allah...







KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia... Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Total Pageviews